Syukur Sabari

"Jika nasionalisme yang dimaksudka ialah keluarga dan bangsa seseorang itu lebih utama untuk menerima kebaikan dan kebajikannya serta lebih berhak untuk dilimpahkan segala sumbangan dan jihadnya, maka maksudnya adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?"

- As-Syahid Hasan Al-Banna

Ahhh…
It’s been sooo long until I found out that I almost forgot about how to use Tumblr. Not to late for Salam Aidilfitri I think? :)

Pantun Melayu

Pulau salak pulau sejugi,
tumbuh subur pokok pinang,
walau lesap mahkota kami,
maruah Melayu takkan hilang.

Dari melaka ke kuala linggi,
duduk berhenti melepas lelah,
daripada menyembah orang peringgi,
eloklah mati berkalung tanah.

Walau rumput sudah menjalar,
dahan kayu bercabang juga,
walau laut sudah terbakar,
sampan Melayu belayar juga.

Batang nagka batang bergetah,
buahnya besar bercabang tinggi,
orang Melaka pantang menyerah,
orang kampar berpantang lari.

Walaupun rumput mati terlapah,
uratnya tidak mahu tenggelam,
walaupun laut menjadi merah,
semangat Melayu tidakkan padam.

Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh).
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 6/496, no. 1785)
Perjumpaan santai Pemuda Sepang bersama ketua bahagian Dato’ Seri Ir. Zin.

Perjumpaan santai Pemuda Sepang bersama ketua bahagian Dato’ Seri Ir. Zin.

Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the “present”.
Oogway (Kung Fu Panda)
Kepada guru2 yang pernah mengajar saya, terutamanya di Tabika Kemas Labohan Dagang, SK Labohan Dagang, SMK Bukit Changgang, SMT Port Dickson, KUTKM/UTeM dan UniKL, Selamat Hari Guru, anda penyuluh hidup, doa kesejahteraan untuk anda. Terima Kasih untuk segala budi.

Kepada guru2 yang pernah mengajar saya, terutamanya di Tabika Kemas Labohan Dagang, SK Labohan Dagang, SMK Bukit Changgang, SMT Port Dickson, KUTKM/UTeM dan UniKL, Selamat Hari Guru, anda penyuluh hidup, doa kesejahteraan untuk anda. Terima Kasih untuk segala budi.

Guru oh Guru

Sempena Hari Guru yang mendatang, renunglah buat kita sebuah puisi sajak dari Allahyarham Usman Awang.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

*Dituju khas untuk semua guru, lecturer, sifu etc…

Bila gula naik 20sen, semua orang jadi hamba pada kata-kata nista, bersyukur dengan apa yang ada, nilai 20 sen dari keamanan yang kita kecapi jauh dicemburui oleh mereka yang berada dinegeri yang gulanya pun tiada, malah keamanan hidup hilang dan sengsara.
ILMU

Najib Razak @ HotFM

Fara Fauzana, Faizal Ismail bersama PM Najib Razak di HotFM :)

Selamat Ulangtahun ke 65 kepada UMNO, semoga terus berjuang untuk Agama, Bangsa & Tanah Air.
Membujur Layu, Melintang Patah!

Selamat Ulangtahun ke 65 kepada UMNO, semoga terus berjuang untuk Agama, Bangsa & Tanah Air.

Membujur Layu, Melintang Patah!

Badak Air sebelum kena sembelih nak buat rendang.

Badak Air sebelum kena sembelih nak buat rendang.

MDG Malaysia: The spread of HIV has been halted, the number of cases has gone down from almost 7,000 cases in 2002 to 3,000 in 2009.
United Nations Development Program (UNDP)
Agak pelik lagi janggal dan memalukan Islam dan juga Muslim, mengaku mmeperjuangkan Islam dan dasarnya Quran dan Sunnah, namun maki dan hamun menjadi ‘zikir’ di mulut mereka. Ayuh mereka yang menggelarkan diri ‘Hizbul Islam’, bukan ini yang Nabi ajar kalian utk berdakwah. Jgn kamu menuduh orang zalim dan fasiq, tapi kehidupanmu tidak diikuti dngan akhlak yang baik!
ILMU