Syukur Sabari

"Jika nasionalisme yang dimaksudka ialah keluarga dan bangsa seseorang itu lebih utama untuk menerima kebaikan dan kebajikannya serta lebih berhak untuk dilimpahkan segala sumbangan dan jihadnya, maka maksudnya adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?"

- As-Syahid Hasan Al-Banna

Guru oh Guru

Sempena Hari Guru yang mendatang, renunglah buat kita sebuah puisi sajak dari Allahyarham Usman Awang.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

*Dituju khas untuk semua guru, lecturer, sifu etc…

Kepada guru2 yang pernah mengajar saya, terutamanya di Tabika Kemas Labohan Dagang, SK Labohan Dagang, SMK Bukit Changgang, SMT Port Dickson, KUTKM/UTeM dan UniKL, Selamat Hari Guru, anda penyuluh hidup, doa kesejahteraan untuk anda. Terima Kasih untuk segala budi.

Kepada guru2 yang pernah mengajar saya, terutamanya di Tabika Kemas Labohan Dagang, SK Labohan Dagang, SMK Bukit Changgang, SMT Port Dickson, KUTKM/UTeM dan UniKL, Selamat Hari Guru, anda penyuluh hidup, doa kesejahteraan untuk anda. Terima Kasih untuk segala budi.